23 February, 2010

CUTI PERISTIWA

TARIKH:22/02/2010 (ISNIN)
JAM: 8.00 AM
TEMPAT: LADANG SAWIT TUA

Hari ni cuti sbb smlm ada sukan tahunan sekolah. Sekolah ambil cuti peristiwa. Duk naik gelap dah muka aku duk tengah padang. "Ke garisannnnn....Sediaaaa...." Tu la tugas yg diberikan sebagai pegawai pelepas acara track.
Mcm biasa la, pantang cuti kalau x ada kerja mustahak, aku mesti mau mikat. Dah giler tahap gaban dah ni...ketagih beb!
Pg ni sajer je bawak TG sekor. Cadang nak pergi port dpt smlm tu tp di pertengahan jalan aku berhenti motor nak dgr2, port burung cerdik ni. Kata member ada Tongkat/ Seladang Jati kat sini. Emmm...BH duk lambung guk ngan bertengkar sakan sesama sendiri. Aku pun duk amati yg mana nak test power dgn TG ni. Tanpa berlengah aku pacak jela dlm 10m dr jalan. Siap je pasang racik, duk nyuruk. TG pun wat kerja dia. Panggil seketoi2...Pastu dua ketoi...Pastu rapat2. Kompom ada BH sampai ni. Bila dgr je BH duk menekan, mak oiiii...rapatnya x bernafas. TG br msk gear 1 dia dah gear 3-4. Pastu indon lalu, senyap jap. Pastu ford ranger lalu. senyap jap. BH terbang ke pokok belakang TG. Indon lalu lg. Aku x nmpk dah BH td. Aku dah suspen ni...TG panggil lg..Tiba2 pruffff...landing betul2 depan racik x dan nguku dah sangkut. Addoiiiiiiii...x pueh hati betoiii... Ye ke BH td??? Ntah2 bukan...Addoiiiiiiiii...
Hantar la mesej gumbira kat mereka2 mcm biasa. TG dah bunuh 9 BH stakat ni. Sekian...



20 February, 2010

MANGSA KE-8 TG

TARIKH:20/02/2010 (SABTU)
JAM: SESUDAH ASAR
TEMPAT: SEMPADAN HIGHWAY
JENTERA: EX5, TG, BBG1 (Jebak) dan Close friend Mr. Yusri (Puyu)

Pg ni x dpt turun laman. Ada gotong royong kat skolah. Esok pg pun x dpt turun laman jugak. Sukan tahunan sekolah. Emmm...pg td dpt mesej dr Otai Jengka17. Mcm biasa "tolong bukak racik". Perghhh...berasap telinga.
Dlm pkl 3.30pm ada mesej msk dlm inbox "nguku mana ptg ni?". So, aku jwb "ikut awak la rodon". Mcm biasa, pas Asar, sumbat TG dlm cetok dan BBG1 dlm jebak trs ke rmh member. Dah ready, kita pun gerak la ke lokasi. Laman ni lama dah aku x pergi. Bln lepas pergi rekki, semak x beracun lg. Hr ni clean & clear ladang sawit ni. Prgghhh...cantekkk.

Mana pergi BH ni, senyap je. Adusss...member kata kalau pg riuh rendah. Aku pun bukak handset, main lagu "terkukur merap". Haaa...kan ada dah BH yg jwb tu. So, pergi cari anggar. Anggar dpt la pokok petai kecik. Letak BBG1 atas pelepah dan terus jln ke dpn sikit. Pacak racik dan TG duk la nyuruk.

Dlm 5 minit TG pun panggil la BH. BH pun sahut panggilan dgn lambung guk. Boleh tahan guk dia. Pastu BH td merap dan merap lg. X lama pastu prufffffff...landing kat anggar petai kecik. TG pun nguku 2 round. BH duk tekan. TG pun tekan. Tp x turun jugak. TG pun mcm biasa la, kalau x turun cara keras mula la wat suara manja dia. Seketul, seketul. Pujuk la tu. Haaaaaaa...prufffff. Landing jugak. Adegan kuku menguku pun bermula dan...... senyap dah kukuan BH. Bangun jenguk. Kompom sangkut daaa...X puas la pulok tgk pergaduhan hr ni. Tangkap BH dan wat sesi fotografi.

Msk BH dlm jut, hntr la mesej gumbira kat Long, Otai Kohjai yg ensem, Otai Pelepah Somban, Kerol + Kerol, "Tolong la bukak racik sat bro. Addoiiiiiii". reply from them; Long: "Haram", Azmi Somban: "Cehh.." Kerol Bkt Lada:"Tlg buh brg tindan ni dlm jut jp..nak bela racik r..hehe". Bungkus jugak...Otai Kohjai"??????" Fobia la tu. Poshbag bergetar.. Otai Pelepah Somban antor video mesej. Bungkus jugakkkkk...



18 February, 2010

MANGSA KE-7 TG

Tarikh: 18/02/2010
Jam: Pas Asar
Tempat: Sempadan highway

Balik sekolah hujan mencurah2. Rahmat dari langit. Emm..smua hidupan dah laman tunggu. Lama dah panas terik. Hari ni penat, bebudak duk acara pra-sukan. Aku dari pkl 8.00 sampai pukul 1.00pm duk tgh padang. Bertugas sebagai pelepas acara trek. Penat bangat. Sampai rmh, solat zohor..Zzzzzzzz...
Jam 5.00pm bangun duk tengok cuaca. Panas dah..tentu galak BH pas kering bulu ni. So, pas je Solat Asar, 5.20 capai cetok sumbat TG dan BBG1 dlm jebak. Bergerak la ke lokasi.
Sampai je kat lokasi, sonyap sunyi. Emmm..letak BBG1 atas pelepah gerak ke depan sikit. So, pasang racik, pacak TG. Duk la layan diri dlm 15 minit, TG duk panggil sekali. Nampak BH terbang kot. Pastu panggil lg dan lg. Jwb la dek mamat sekor ni. TG bg seketul, dia bg 2-3 ketul. Semakin rapat, semakin rapat bunyinya. TG duk tekan rapat.. Pruffff...landing la mamat ni berserta dgn 3 ekor yg lain. Bini dia kot??? Mamat ni pun gerak la ke depan dan "terkghetowww...kuku..kuku..kuku." terghetowww...kuku..kuku..kuku". TG pun balas "kuku...kuku..kuku... Cehhh...jdla..BH ni randuk je racik. Addoiii..x kena. TG duk main pusing body keliling BH. Bg bankhand sedas..BH melambung keluar racik. Masuk lg. X kena lg. Apasal yek??? Biasa redah je sangkut terus. Tiba2..todiaaa..Lembu2 dan tuannya lalu..BH terbang. TG pun senyap. Aku keluar baiki racik jap. Nyuruk semula.
Lembu2 dan tuannya x hilang dr pandangan, TG pun duk panggil lg dan lg dan lg. Prufff..mari jugak BH ni dlm 3 btg sawit. Adegan td bersambung semula. Dlm 10 minit BH landing dan nguku semula. Tp duk nguku keliling TG. Lama gak kuku menguku ni. Aku ckp dlm hati "bila la nak masuk???" Oleh kerana x thn cabaran TG, BH td pun redah racik lg sambil menguku dan akhirnya tarik kaki. Hehehe...
Pas ambil BH, wat sesi fotografi dan hantar mesej gumbira to Otai Kohjai, Long, Azmi Somban and Kerol BP and Kerol Bkt Lada. " Addoiiii...Tolong bukak racik selang kuku sat. Prenggg..."


17 February, 2010

Mangsa ke6 TG





Tarikh:17/02/2010 (RABU)
Jam: 10.00am
Lokasi: 100m dari highway

Pagi ni redup semacam je. Pas sarapan dlm pkl 8.00am bergerak ke lokasi. BH baru duk anggar masing2. Menunjukkan kelunakan suara masing2 dgn berguk di beberapa anggar. Mcm biasa, mana yg berkenan di hati, pergi la himpit. Dalam lbh kurang 15 mnt, rahmat dr langit turun. Angkat TG duk bawah pelepah daun lebat. X lama rupanya hjn dlm 15 minit. renyai2 je. Dlm 15 mnt kemudian, Bh kembali galak. Kat ats bkt ada sekor yg duk menekan lain mcm je. Pastu melambung sana sini. Otai kg dusun ni. hehehe. Siap kau..
So, panjat bkt 2-3 ekor dah terbang dah. Addoiiii..nampak kat aku pulak. Oleh kerana dah penat panjat bkt. Pacak jugak la. Kalau dia marah, dia dtg jugak kang.
Siap je pasang racik duk la nyuruk blkg swt kecik. Lbh kurang 15mnt pastu TG duk menekan sakan. Hehehe..dkt dah tu. Adegan pertengkaran pun bermula. Tak berapa dgr sgt sbb dkt sgt dgn highway dgn kenderaan lalu lalang. Pastu kuku menguku pun bermula. Aku pun intai slow2 supaya clear apa yg berlaku. Jengjengjeng...dah sangkut. TG duk bagi backhand secukup rasa. Pastu tenggek dan bg lg dan lg dan lg. Aku pun pergi la ambik. Kesian benor engkau ye otai kg dusun. Prufff...terbang bawak racik. Kuat kudrat engkau ni. Emmm. wat sesi fotografi pastu hantar mesej gumbira kat Long, Otai Kohjai and Bro Azmi Somban. "Tolong bukak racik sat. Pastu isi manik pecah ni dlm jut". Sekian..

16 February, 2010

OTAI KOHJAI went to my house


TARIKH: 16/02/2010 (AHAD)
JAM: 12.00 TGH
Mlm td bermesej2an dgn bro Kohjai. Tup2 ada kat New Zealand rupanya. Perghh...Orang duk Kelang dah balik negeri. So, on the way nak balik ke Gelanggi tu x nak nyinggah ke, aku tanya.."pe2 hal aku mesej awok" dia kata. Beresss...
Pagi ni mcm biasa aku pegi mikat gak la bawak TG sbb smlm tgh2 duk baiki racik ada hak lambung guk baik punya. Berkenan sungguh di hati. Ringkasnya, sampai gak BH ni tp x mau trn. Addoiii...
Tgh duk layan diorang bertengkar, ada vibrate kat dlm poshbag. Kuangkuangkuang...Otai jd nak mari. dah nak sampai. Dia call aku bg plan sikit2. So, angkat racik & TG terus merempit balik..
Otai Kohjai terlajak aku x perasan pulok. Hahahaha...hello semula. Lorrr dkt rmh dah..
So, borak2 jap kat luar rmh, jemput la bro ni masuk. Byk jugak la sembang menyembang pasal terkukur ni. Aku orang baru, dia orang lama. Mcm, langit ngan bumi. Hehehe..
Anyway, thanks a lot la bro Kohjai krn sudi menyinggah kat rmh aku dan bagi tips2 menarik pasal terkukur ni. Semoga persahabatan kita sampai bila2.

ANG PAU RAYA CINA

TARIKH: 15/02/2009
MASA: 8.00 AM
LOKASI: KEBUN GETAH MUDA REMAJA

Siap je ngeteh ngan sarap 2 keping roti canai, tapau nasi lemak utk org rmh. so, tanpa melengahkan masa, terus ke lokasi. Smlm ptg dah beradu kat sini tp x kena racik. Hampeh...
sampai je terus disambut dgn meriah oleh guk1 siap dgn paluan merapnya. Ada gak 2-3 ekor BH lain kedengaran. OK, pg himpit terus...siap je install racik, duk nyuruk belakang banir. Mcm biasa, kalau bab himpit menghimpit ni cepat je TG berbunyinya. Kalau BH jauh harammm...maklum burung baru, tuan pun baru jugak mikat. Hehehe...
TG pun wat la keje dia, mai la sini kalau nak gaduh, disambut la oleh G1 td, meh la sini.
Adegan ni berlarutan sampai kat 1 jam. Addoiiiii...keras kematu dah buntut aku ni. Bila la nak terjun tiruk BH ni. TG dah diam, BH duk menekan lg. Kalah tengkar ke dah???
Aku dah bosan...aku dah bosan...Oleh krn TG dah kepenatan sbb x ada stamina, halau jela..
Laman kedua pergi himpit BH X sdp. Nak kasi stim TG jela. Lorrr...dia ni lg sampai. TG ok dah, duk wat keje dia. Tp x mau turun jugak. hampeh betoiii...
Pergi hujung sana pulak la..angkat TG pi alih lg. Haaa...harap BH lain la pulak yg datang. Apakan daya, dia jugak yg mari. Luas benor jajahan engko ye...Lantak la apa jd.Otai bebenor ni.. Aku takut TG kalah je kena tekan. Oleh kerana sakit telinga agaknya, TG pun pulun tekan rapat punya. Amboiii...ngapa la x wat dr tadi. BH kuku anggar, TG kuku gak. X leh tahan, landing jauh. Sambil angguk sambil jalan, angguk, jalan, angguk jalan, tarik kaki, jalan gak. Redah je racik??? Addoiiii...dan 5-6 lepuk aksi brtinju. Ni la dia..KOPI O PANAS. Akan digantung...kehkehkeh...


11 February, 2010

lupa lak...


aku and wife

nak jadi sniper


kat water front, sarawak


nak berlepas ke s'wak. wakil pahang main bola PSKPP.

ni la aku kalau nak kenal....

08 February, 2010

Ngajor BB

Tarikh 07/02/2010 (Ahad)
Jam: Pas Asar
Tempat: Sawit Muda
Pikat: BBG2 (Tanah), BBG1 (Jebak)

Oleh kerana TG ada mslh kesihatan, bagi dia rehat la minggu ni. So, balik dari rmh Long, pas mandi, solat, jemur semua BB, pastu gantung sebaris. Tiba2 ada perlawanan nguku menguku antara mereka. TG, BBG2 dan BBG1. Wahhh...dah nguku engko ye BBG1 (pemberian Angah Purun).
Gambor dia ada kat bawah. Bulu pun x jatuh habis lg.

Pas Asar duk mikir, yg mana nak bawa??? Try la bawak BBG1 ni. Den ni kan cikgu, so, kena rajin ngajor..Sumbat BBG2 dalam cetok, byk susah mau masuk daa..Pastu sumbat
BBG1 dalam jebak. Lg mau ssh msk daa..Selesai je trs merempit ke port biasa. Sampai je di lokasi, mula2 ada dengar2 G1 duk merap pastu lambung guk. X la best mana, saje je nak ngajor. So, himpit letak BBG1. Pastu pegi pacak je kat tepi jalan BBG2. First trn tanah. Nak tengok bunyi ke x..Harramm sampai balik x bunyi.
Dalam masa duk pacak BBG2, BBG1 dah lambung guk. Wahh..hebat. Mcm x pecaya je. Pastu merap, merap, tekan,tekan...dalam 15 minit dgr nguku dahhhh...aku duk Kat BBG2, so pas je nguku 3-4 round, senyap...so, pergi intai slow2. Todiaa..comot gak..




Bertemu MASTER RAMLI (Long)


Tarikh: 07/02/2010 (Ahad)
Tempat: Rumah Long
Jam: 7.00 am

Hari ni hati berbunga2 nak jumpa orang yang byk memberi tunjuk ajar baik melalui blog dia, Forum TTF dan juga SMS. Dah janji paginya nak mikat dulu. So, pas sarapan (long belanja)gerak ke J20. Dkat je x sampai 5 mnt. Long bawak 2 ekor aku pun 2 ekor. G2 main jebak TG main pelepah. Sampai kat port, disambut oleh... banyaknya BH. Long pergi depan aku duk kat motor jela. Dah install kedua2 duk nyuruk. TG mcm semalam gak. Seketul2 suara kecik keluar. G2 senyap sunyi. Hahaha...mampuih lagu ni. Ada SJ idaman tp mak oiii...x mau turun. Yela harapkan TG, TG x bleh harap hari ni. TG panggil tapi x syok. Not in his level. Sempat la jugak 3 laman meletak. Keputusannya, BH kat area ni kena bawak pikat betul2 power. Aku punya 1 gear...
Dah pukul 11.30 aku keluar long pun keluar. Result 2-2=0-0.
Sampai kat motor sembang2 dulu, citer pasal member2 TTF yg itu, yg ini. Dah tengahari, so balik la rmh Long. Hidangan dah tersedia. So, mkn tghari. Perghh..sedap betul org rmh long msk, tapi long x gemuk2 mcm aku jgak. Kahkahkah.. Byk jugak dapat korek ilmu dari long pasal terkukur ni. Thanks Long. I lap U...dalam kat2 pukul 3 aku mohon untuk pulang. Apapun, terima kasih untuk Long sekeluarga kerana sudi melayan aku dengan baik sekali. Friends forever...

Ngajar G2 main jebak & TG main Pelepah

Tarikh: 05.02.2010 (Jumaat)
Masa: Pas Asar
Tempat: Sawit Muda

Sampai je kat port, install BBG2 jebak dulu. Pastu letak TG atas pelepah. Tumpuan diberikan kepada TG. Apasal dia keluar seketul2 hari ni??? X menekan pun. X sihat kot. Mcm kita jugak ada masa kureng sihat. OK..just bagi dia selesa duk atas pelepah jela. BBG2 duk lambung guk. Cehhh...dulu G2J la ni dah jadi G2G la pulak. Emm..mcm biasa dah lambung guk, duk merap, pas merap tekan, pas menekan, nguku dan ini la hasilnya. BBG2 dah bunuh 1st. Ini la hasilnya.





TG bad mood and bad performance today..

05 February, 2010

1st bunuh Pelepah

Tarikh: 04/01/2010 (Khamis)
Jam:5.30 pm
Jentera: EX5 dan penunggangnya sorang2
Tempat: Sawit muda





x sempat nak wat citer. So. tengok gambar jela ye kawan2. Isnin depan aku cwrita la serba sedikit. Tolong bagi pandangan kepada kawan2 yg boleh tilik burung tu. Lain yang dipuja, lain yang meyerah diri...Prengggg...(ayat Long)

03 February, 2010

10Q Bro Kohjai & Bro Azmi Somban

Assalamualaikum...
Semalam dlm pukul 11.00 gitu ada sampai poslaju. Alamat dari Seremban. Uikss...rasa kat dalam sampul surat keras semacam je. Tengok nama pengirim macam kenal. "Azmi bin Abdullah". Huk alosss...Ada 'barang' comel lote duk dalam. Mak oiii...keciknya. Macam x percaya je. Tapi member2 internet pulun sakan...
Firstly, thanks to Bro Kohjai @ Otai Pelepah Tersohor Malaya kerana sudi arrange kan aku racik pelepah walaupun pada mulanya ingatkan 'made in Kelang'. Rupa2nya made in 'Somban'. Hantu hang bro Kohjai...Kelepet aku. Thanks a lots jugak kerana turunkan ilmu sikit pasal main pelepah ni. Tapi racik tu hang jampi dari Kelang ke Somban kurang mujarab. Kahkahkah...
To bro Azmi Somban, thanks a lot jugak kerana sudi poskan racik yang come lote tu. Semalam dah try, and install cantik2 tapi.....BH x mau turun daa...
Kepada semua pengunjung blog saya ini, terima kasih atas sokongan anda. sudi2lah memberi pandangan/ respon/ nasihat/ berkongsi ilmu dalam hobi terunggul ni..
Sekian, wassalam...







****Lengkong racik sebesar duit rm0.50 je.

01 February, 2010

Teruk Punya Anak Saudara (1/2 jam je ngulor)

Tarikh: 31/01/2010 (Ahad)
Jam: 10.15am
Pikat: TG
Tempat: Getah Muda
Members: Lone ranger

Hari ni hati berbelah bagi. Nak pegi tolong pak saudara dulu ke nak pegi mikat dulu. Pak saudara ada kenduri tunagkan ank dia. Rombongan dari PJ. Pikir punya pikir pegi rumah pak sedara dulu la dan tak lupa cetok berisi TG dah ready. Kehkehkeh...
Sampai je kat rumah pak sedara tolong siang daging beku, angkat itu ini mana yg patut dan makan bihun dulu. Dah reda dah keje2 aku pun beredar la ke lokasi.
Sampai je, park motor terdengar la 2 ekor duk bertengkar dari jauh, panggil2... lambung guk. Ada 2 ekor ni... duk dengar lagi. Yg belah kiri lambung guk sedap, mesra alam gitu.yg belah kanan kureng sikit. So, bergerak ke sebelah kiri la. Tengah duk install racik, terketowww.. terdengar dari dlm cetok. Amboiii..TG dah X sabar nak beraksi. Ketuk2 cetok sikit kasi TG diam.
Siap je pasang racik, beredar ke motor. Hahaha...duk atas motor jela. Malas nak nyuruk2. Jarak ada la lebih kurang dalam 45m gitu. Jelas la nampak TG. Aksi cabar mencabar pun bermula. Kalau berani turun tanah la, kalau berani naik atas pokok la.Itula agak2nya diaorang bertengkar. Mula2 duk panggil kasar2 x mau turun, TG pun panggil la lembut2. Pruffff....sampai jugak atas kepala TG. TG pun mcm biasa, angguk dulu 2-3 round. X tahan agaknya, pendatang asing harus diajar sikit. So, prufff... landing depan racik dlm satu hasta kot. Kuku kanan, kuku kiri, kuku depan, mara ke hadapan dengan marahnya...kuangkuangkuang...
Nila dia rezeki "ngulor" masa kenduri. Snap sekeping, pastu antor pic message kat Long ngan Kohjai. "Tolong la bukak racik jap". Pastu sampai jugak mesej Long ngan Kohjai. Harrrammm...tapau jugak..

Siap je isi BH dlm jut. Terdengar satu suara...bersambung lain kali laa...dan kembali ke rumah pak sedara. Tolong makan pulak...