30 May, 2010

James Bond Went To My House


Tarikh: 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa 12.30 tgh

Assalamualaikum wbt...

Dalam pukul 11.00am masuk satu mesej dalam inbox. James Bond TTF members kata nak dtg rumah. On the way nak balik Kelang dari rumah pak mertua di Panching, Kuantan. Pelan rumah lebih kurang, akhirnya dalam pukul 12.30tgh sampai la Bro James Bond and family. Todiaaa...Toyota Wish warna hitam mendarat di Kampung Bukit Lada..
Emmm...memang sempoi Bro James Bond kita ni. Amat ramah berborak. Macam dah kenal lama...memang friendly..Dalam pukul 1.30pm Bro James Bond minta izin untuk bergerak pulang ke Kelang. Semoga selamat sampai...
Jika ada yang terkurang, Koi dan isteri mohon maaf ye...
"Walau siapa kita, namun ada sesuatu yang dapat menyatukan kita dalam persahabatan"...

29 May, 2010

SJ x dapat, kopi O jela..


Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: Sesudah Asar
Tempat: Kg. Embun
Kekuatan: Koi ngan Rembo
Pikat: BBL & BB Kopi O

Assalamualaikum wbt..wat tatapan sahabat2 sekalian.
Pagi td duk ngimpit SJ. Bawak Kepuh baru pas meluruh. Ringkas cerita, SJ sampai dalam 20m jer. Duk lambung guk setempat jer. Dalam duk galak berbunyi tiba2 Kepuh duk diam jer..apasal pulak ni? Intai tengok betul2. Lorrr...ada 3 ekor mak cik turun daa..patut la. Kepuh ni kalau dgn betina mamang lemah lutut. X cara dah ke BH jantan. Dasar jantan buaya darat betul la..byk kali dah kena. Betina turun jer dia duk ngorat senyap2..hampeh betul...Tuan tanah pulak dtg mesin rumput..addusss...balik laa..
Petang ni nak try repeat balik SJ ni. Bawak BBL ngan BB Kopi O. BB Kopi O main jebak. dekat 1 jam tunggu sekor pun tarakkk...pindah port. Lokasi ke2, setting BB Kopi O dan pacak BBL duk nyuruk. Kasar kendur dah berbunyi. X lama pastu BB Kopi O merap2, tekan2..sampai la kasar kendur kat anggar. Bertengkar lebih kurang terjun..berbolot dohhh...BBL masa BB Kopi O bertengkar duk pulun angguk sajer. Sorry..BH x mau kat hang petang ni. So, BB Kopi O bunuh kali ke-4. Well done..

25 May, 2010

Training BB



Tarikh: 25 Mei 2010 (Selasa)
Masa: 5.30pm
Lokasi: Sawit PJ
Kekuatan: Lone Ranger
Pikat: BB Kopi O

Assalamualaikum wbt buat sahabat2 semua..
Petang ni x ada masuk mesej Bro Puyu. So, koi mesej dia. "Amcm petang ni?" X dapat nak hantar mem balik kampung katanya. So, lone ranger la petang ni. Pikir2 main dekat2 jela. Lg pun nak train BB jer..
Sampai jer di lokasi senyap sunyi lg. So, dah tau tempat bermain BH ni dan dikenalpasti. So, tanpa berlengah masa pacak BB Kopi O. Semalam dah bunuh sekor. Well done..
Siap jer pacak BB Kopi O terus wat jerumun ala kadar jer. Selang beberapa minit BH duk lambung guk. BB sahut dengan memerap jer. X lambung guk pun..Akhirnya sampai 2 ekor BH yg dah dikenalpasti. Sekor ni suara x berapa best tapi boleh kata nyelang rapat woo..sekor ni merap+menekan x sedap tapi lambung guk maveles sungguh..Koi kata la..orang lain mungkin kata x sedap. Yelaa..minat masing2 kan..
Sambung citer. BB duk merap2 rapat, angguk anggar..BH sampai tapi duk jauh2 jer..memang dah tau BH sini bukan nak turun..dah cerdik..adegan pertengkaran berlangsung antara BB dgn BH 2 ekor ni. Sekor duk depan Koi, sekor lg duk belakang. Masuk mesej Man. Tanya mikat ke? Koi kata tgh beradap la ni. Tup2..landing sekor terus dlm laman. Addusss..BB mengedar bg laluan. Kuku menguku berlangsung. BB acah BH gerak ke depan lintas racik. X kena. BH masuk lg, x kena gak lg. BB bg sedas backhand, BH keluar dan sangkut dohhhh...hehehe..kompius lg..susah gak kalau BH datang ramai2 ni.. BB Kopi O bunuh kali ke-3. Well done..

24 May, 2010

Akhirnya....berbolot jugak..

Tarikh: 24 Mei 2010 (Isnin)
Masa: 5.20pm
Lokasi: Port biasa
Kekuatan: Koi ngan Bro Puyu
Pikat: BB (Pemberian Angah Purun)

Assalamualaikum wbt...
Mcm biasa, jadual mikat Isnin-Khamis mesti dgn Bro Puyu. Jam 4.40pm mesti masuk mesej. "Nak taler mana kita ptg ni?" Oleh krn Kepuh meluruh, BBL bg rehat sbb main sehari smlm kat estet KOSMA. So, final choice BB Guk1 pemberian Angah Purun la..lama x bawak.
Sampai jer di lokasi meriah jugak BH duk berbunyi. Target SJ idaman hati. Try ngan Kepuh x mau dtg.Tp minggu lepas koi dgr ada BH yg sama suara dgn SJ ni berguk pulak...confuse..confuse..hentam ajela..
Siap jer pacak BB duk nyuruk, dekat jer dlm 10 meter. BH duk lambung guk sakan dah, tp BB duk pulun patuk2 tanah jer. Main patuk ranting pulak pastu. Sikat bulu lg. Bila la nak bunyi??? Addoiiii...
SJ bro Puyu dah berguk sakan..tp BH duk melambung pastu kembali ke anggar dia. Pokok durian. Bukan tanah dia ni..
Jam dah 6.45pm. Koi dah tension duk dlm jerumun ni. Tiba2 BH target menekan pastu mengangguk..sampai dohhh...tp jauh lg. X semena2 BB duk merap sepatah..nak pun bunyi. merap lg dan lg. pastu lambung guk. prufff...sampai kat sebelah kanan koi hinggap kat pelepah sawit. menekan kat situ..BB bg angguk anggar..BH landing betul2 belakang koi. Mampuihhh..kata dlm hati. BH angguk BB sambut dgn menekan..ehhh...tersasul selang sepatah BB ni..BH usah cakap la menyelang sajer..berjangkit ke depan. betul2 atas kepala koi..koi mengecikkan diri dan mengeraskan diri. BH duk makan buah kenidai ats kepala pulak. BB pun senyap dah..kaki dah ketar ni...x tahan dah nak mengeraskan diri..akhirnya....BH terjun jugak..tp landing belakang daa..adegan kuku menguku pun bermula.BH gerak ke depan pastu patah balik..addoiii..BB duk pulun menguku..BH terus gerak ke depan dan..x nguku2 dah..BH patuk kaki, koi pun keluar la..


betul ke ni SJ???

18 May, 2010

GELAK SAMBIL BUKAK RACIK...

TARIKH: 18 MEI 2010 (SELASA)
JAM: SESUDAH ASAR
LOKASI: PERTANIAN SIMPANG BKT LADA
KEKUATAN: KOI NGAN BRO PUYU
PIKAT: BBL (BRG BKT LADA)

ASSALAMUALAIKUM WBT...
Cuaca mula2 ok sesangat jam 3.00pm..masuk jer pukul 4.30pm dah mula awan berarak mendung..tanda2 hujan nak turun. Bro Puyu dah mesej. Cadang nak ke PJ jer...on the way...perghhh...gelap sangat dah awan di langit..patah balik dan sambil meeting atas motor..Pertanian jer la...
Sampai jer di lokasi mendung sangat dok..degilkan juga memacak BBL. BBL ada la merap dlm 10 patah..Lambung guk haraammm...
Selang 30minit pastu BBL duk menekan + angguk2 lg..turun 2 ekor tp landing jauh..last2 terbang gitu jer..Dlm pukul 6.30pm landing sekor BH terus jer ke laman racik. X sempat nguku dah tarik kaki...Addoiiii...sambil baiki racik duk gelak2 sorang...kehkehkeh...apa punya pembunuhan daa...apa citer BH ni Koi pun x tau la...masuk dlm koleksi BH misteri and duk dlm ladung la nampak gayanya...sekian untuk perkongsian..Addoiiii...

17 May, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum wbt...
Dikesempatan ini Koi nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU kpd semua rakan sejawatan. Dengan permainan ini dapat juga sedikit sebanyak melepaskan tekanan dalam kerjaya kita yang semakin berat dirasakan akhir2 ini.
Kepada Otai2 Terkukur sekalian, anda juga adalah guru dalam bidang permainan terkukur ini. Segala tunjuk ajar Koi ingin mengucapkan ribuan terima kasih..semoga segala ilmu yang diberi mendapat keredhaan Allah swt..Amin...

16 May, 2010

MAIN KAT KERAYONG, BERA

Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad)

Tempat: Kerayong, Bera (sawit muda)

Kekuatan: 2 orang (Koi ngan Man Pertanian), Kancil Rally

Pikat: Kepuh + BBL (Burung Bukit Lada)

Mlm td set ngan Man nak main kat Kerayong sebab lepas main kat Triang tempoh hari duk meletak kat sini masa tengah hari. Target suara mersik lawas…poh palih… Man nak ngerjakan Tongkat Mati/ Seladang Jati.

Jam 8.30am sampai di lokasi lepas ngeteh kat Kg Durian Tawar. Senyap sunyi daa… disambut dek helang pulok dohhh…ada apek sedang meracun pulok. Tegur tuan tanah. “Boleh tangkap burung sini uncle?” So, jawapannya…”Boleh2…” Man dah gerak ke anggar Tongkat Mati. Koi berselera yang mersik lawas ni…duk reki2 port..jauh sikit ngan apek si tuan tanah. Kang tengah duk sakan bertengkar, kena sembur ngan racun pulok pikat. Tidak ke nayer…

Duk usha2..jumpa la port yg dirasakan ok. Emmm…try pacak BBl la dulu. Kepuh duk relek dulu ye…Siap jer pacak BBL ada la bunyi BH sekor dua..Duk nyuruk mcm biasa la celah pokok pisang..Hehehe…

Selang 2 minit BBL duk merap sepatah dua. Sambut dek BH td. BBL merap rapat, pastu angguk2…merap rapat lg dan angguk lg. Ada dekat dah ni…mana pulok duknya BH ni.. X lama pas BBL wat kerja prufff…landing sekor terus nguku. Sambut dek BBL nguku2..BH tarik kaki..emmm…kejap sangat..x puas hati lg daa…BBL tapau kali ke-3. Ni la dia BH sedang meluruh tp garang bebetul gayanya..Hello kat Man apa citer? Helang bukan sekor. Ada 3 ekor wehhh…perghhhh….jom pindah…












Laman 2

Pindah port..Duk try Kepuh pulok..x dan lama kepuh duk menngelupur sakan..Semut doh pulok..tadi x ada semut pun..Addoii…Laman ke 3 Kepuh duk wat bodo jer..


Laman 4

Pindah port lg. Pacak dua2 sekali..hari dah panas..BH duk berguk setempat jer. Denak Man dah buasir panggil dan berguk. Harrrammm…x sampai2..Kepuh ngan BBL duk patuk2 tanah jer..wat selang bisu ngan nguku senyap..anjing pun sampai..halau anjing..gerak balik…pekena mee sup on the way balik..perghhh lega..BH duk dlm ladung man..malas nak bawak balik…sekian untuk berkongsi pengalaman..








11 May, 2010

Tarikh: 10 April 2010 (isnin)

Jam: Pas Asar
Lokasi: Uu kerut (Kg Jengka Batu 13)
Pikat: BB baru jd - Tukar Nama BBL (Brg Bkt Lada)

Assalamualaikum wbt... wat tatapan sahabat2 ...
Ini la tangkapan oleh BBL pd ptg ni..BH kopi O jer...wat panas BBL ptg2..sesi tuition BBL masih berjalan...

09 May, 2010

Tarikh: 09 April 2010


Masa: 8.00pm

Lokasi: Ladang Sawit Triang

Kekuatan: Koi, Man Pertanian, Pak Mertua, Ipar dan 2 org Jejaka Purun



Assalamualaikum…kembali



Pemandu pelancong x meneruskan perjalanan ke Kemayan. Lorrr…main kat Triang jer…Layan jer la…

Sampai di lokasi…cuaca mendung pulok…todiaaa…meriahnya almughallazah ke hulu ke hilir..7-8 ekor..Addoi…mana nak letak??? Reki2 jumpa kebun getah kecik bersulam pokok pisang. Senang nak nyuruk balik pokok pisang coz almughallazah banyak woo…duk dekat2 je ngan Kepuh..kang x pasai2 kena wat sarapan pagi Kepuh koi ni. Ada 3-4 ekor duk bertengkar. Suara mersik dan kasar kendur. Target suara mersik…

Siap pacak Kepuh duk nyuruk balik pokok pisang. Kepuh wat kerja, suara mersik duk lambung guk dia jer…kepuh merap2 sampai yg kasar kendur. Kepuh tekan + angguk…terjun…kuku menguku..sangkut... BH ni ada la gagap sepatah..Well done Kepuh..Alhamdulillah…

Siap jer baiki racik…angkat hujan…jemuran dah turunnnn…20 minit duk bawah zink salur kolah dlm ladang sawit..pindah…laman kedua BH x mboh sampai2…laman ketiga…sama daaa….balik…sekian untuk tatapan sahabat2 semua..

08 May, 2010

1st Bunuh BH Felda Purun

Tarikh: 08 April 2010
Masa: 5.00pm
Lokasi: Ladang Felda Purun
Kekuatan: Koi, Man Pertanian, Angah dan 2 member
Pikat: Kepuh

Assalamualaikum sahabat2 semua...
Janji ngan Man dan Angah terus gerak ke lokasi pas Asar. Sampai je dilokasi berpecah and cari port masing2. Berkenan ngan suara mersik dan terus pacak Kepuh. Kepuh wat kerja dan sampai 3 ekor BH suara serak x berkenan dihati, suara mersik dan suara kecik tajam. Bertengkar2 terjun la mamat sekor yg suara serak td. Menguku2...dengan bengangnya membaiki racik yg kusut dek mamat sekor ni.

Cadang nak lepaskan jer BH ni tp Man nak wat koleksi...Ambillah Man...

Kepuh terbunuh BH lg


Tarikh: 08 April 2010
Masa: 8.00am
Lokasi: PJ (Pulau Jerijak, Bkt Lada)
Kekuatan: EX5 (Koi dan K-rul)
Assalamualaikum semua…
Emmm…pagi ni x leh nak mikat lama2 coz ada kenduri. So, gerak dgn K-rul ke lokasi.

Laman1
BH duk lambung guk sakan. Ada la 4-5 ekor. Kepuh pun x bunyi. Angkat…pindah.

Laman2
Dlm 15 minit baru Kepuh wat kerja. Merap2…Pastu lambung guk dlm 10 patah. Sampai sekor suara kasar. Kepuh wat kerja mcm biasa. BH duk pindah anggar 3-4 kali anggar yg sama. Pokok sawit ke pokok durian..pokok durian ke pokok sawit..Dalam 4-5 minit bertengkar terjun gak suara kasar gear1 ni. Nguku..nguku…nguku…sangkut. Alhamdulillah….


06 May, 2010

Injury Time Baru Nak Kick-Off

Tarikh: 05 April 2010 Masa: Sesudah Asar
Lokasi: PJ (Pulau Jerijak, Bkt Lada)
Kekuatan: 2 buah EX5 (Koi dan Puyu)
Assalamualaikum semua…
Hari ni plan dgn bro Puyu nak pergi tempat semalam jela. BB bawak semalam duk lambung guk jer pas Asar. Mintak bawak jalan2 ke??? Hehehe…awak relax la dulu hari ni. Semalam masa nak ambil BH serupa je ngelupur mcm BH tu jugak. Maklum la BB..terkejut sakan..hehehe..

So, decide bawak Kepuh la hari ni. Minggu ni dia duk relax jer..duk pulun bawak BB yg sekor tu je..mana boleh makan tanggung x wat kerja…

Pendek cerita, sampai je lokasi senyap sunyi jer..maklum la dalam pukul 4pm td hujan turun. Tp x la lebat sgt..Emmm..pacak la Kepuh kat area petang semalam yg mana BH duk melilau jer area sini. Dlm 10 minit Kepuh duk perap2. Di sambut dek pikat bro Puyu. Dia bawak Tongkat Mati/ Seladang Jati. Perghh…rajin bebenor pikat dia lambung guk. Kepuh duk sambut dgn merap jer. Lambung guk??? Harrammm…

Dalam masa ½ jam bro Puyu keluar. “Semut2” katanya. Emmm…maklum la kalau salah laman semut ni mesti mariiii…Semut Israel koi panggil. Kalau gigit x dak kesian. Memang mcm bangsa Israel. Kalau wat jerumun kat line dia lalu, kompom kena beralih punya..mula2 sikit. Pastu…mak datuk..kompom x tahan punya.

BH duk sayup2 jer ats bukit lambung guk. Harrammm…pergi ats bukit dia main bwh bukit. Duk bwh bukit dia main ats bukit. Nasib laa..

Jam dah 6.45pm..emm..masa kecederaan dah ni. Tiba2 Kepuh duk lambung guk dlm 10 patah. Pastu merap2 jer..pastu menekan..angguk…ada la tu kata dlm hati. Tiba2, prufff…landing sekor dlm 10m depan Kepuh. Kepuh tekan2 angguk, berlari BH ni ke arah Kepuh. BH angguk berhenti depan racik. Mak aiii… keciknya suara. Betina ke??? Tiba2, prufff..landing sekor lg. Todiaaa…angguk suara kasar… angguk… rapat..angguk.. rapat..dan berhenti doh mengangguknya.. Kena la tu…keluar ambil BH…

Tapau kira Alhamdulillah…tp mainan BH ni x tau mcm mana…





04 May, 2010

Air Tangan Sendiri Dah Menjadi

Tarikh: 04 April 2010


Masa: Sesudah Asar

Lokasi: PJ (Pulau Jerijak, Bkt Lada)

Kekuatan: 2 buah EX5 (Koi dan Puyu)



Assalamualaikum semua kawan2…

Emm..lama dah x menapau ni. Kelmarin, semalam dan hari ni mcm biasa la duk ngajor BB. BB ni dah lama tergantung kat sangkar layang. BB ni merupakan BH yg koi dapat dan kira 1st menjadi la..Yang duk pakai2 setakat ni semuanya beli belaka.

Berbalik pada cerita hari ni. Sampai je di lokasi duk reki2 port. Kawasan lapang baru tolak. Ada la dengar sekor BH sedang lambung guk ats bukit. Bro Puyu duk naik ats bukit doh. Koi stay jela kat bawah ni. Mana nak pacak daa…mana anggarnya??? Emmm…hentam ajela beranggarkan sawit sedang…tawakkal jela. Siap je pacak BB duk nyuruk selang 2 batang sawit je..

Dalam duk memperkemaskan duduk BB duk merap2 jer…ada disambut dek BH suara agak kasar bunyinya kat belakang koi. Pastu BB menekan. Mana duk BH ni? Pastu BB duk menekan sakan…Prufff…landing dah atas sawit sedang belakang BB. BH duk menekan pastu lambung guk. Emmm…boleh tahan. BB menekan lg dan lg x dak henti..Prufff…landing belakang BB. Mujur dah wat sawar belakang. BB nguku BH pun nguku. Addoiiii…BH ssh payah duk redah sawar pulok dohhhh…mampuihhhh BB ni kang…masuk je ikut belakang BH nguku x henti2…BB duk pusing BH nguku gerak ke depan. X kena racik. BH duk nguku lg, BB duk pusing bg jalan. BB bg sedas backhand, BH duk nguku lg. 3 kali BH duk pusing keliling BB gerak ke depan, duk diam x nguku2 dah…Kompom kena…keluar. Ni dia BH penuh segenggam. Besar wehhh…